BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 30 Jun. - Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi kenaikan pangkat dan seterusnya pelantikan dan pertukaran beberapa pegawai kanan seperti berikut:
Setiausaha Tetap (Wawasan) di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Pengiran Hajah Siti Nirmala binti Pengiran Haji Mohammad, ditukar sebagai Setiausaha Tetap di Kementerian Pembangunan.
Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, ditukar sebagai Setiausaha Tetap (Wawasan) di JPM.
Timbalan Setiausaha Tetap (Sekuriti dan Undang-Undang) di JPM, Awang Zulhusam bin Haji Abdul Samad, dinaikkan pangkat dan dilantik menjadi Setiausaha Tetap (Sekuriti dan Undang-Undang) di JPM dan merangkap Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri.
Pengarah Biro Kawalan Narkotik, Dato Paduka Awang Haji Mohd. Zalani bin Haji Ismail, dinaikkan pangkat dan dilantik menjadi Setiausaha Tetap di JPM dan merangkap Pengarah Biro Kawalan Narkotik.
Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Dayang Hajah Aldila binti Haji Mohamad Salleh, ditukar sebagai Timbalan Setiausaha Tetap (Sekuriti dan Undang-Undang) di JPM.
Setiausaha Tetap (Ekonomi, Perdagangan dan Industri) di Kementerian Kewangan, Dr. Dayang Hajah May Fae'zah binti Haji Ahmad Ariffin, ditukar menjadi Setiausaha Tetap di Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri.
Timbalan Setiausaha Tetap (Ekonomi) di Kementerian Kewangan, Awang Mohammad Harris bin Brigadier General (B) Dato Paduka Haji Ibrahim, dinaikkan pangkat dan dilantik sebagai Setiausaha Tetap di Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri.
Pengarah Urusan, Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB), Datin Dayang Hajah Hasnah binti Haji Ibrahim, dilantik menjadi Setiausaha Tetap di Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri di samping menjalankan tugas sebagai Pengarah Urusan, Perbadanan TAIB.
Perwakilan Tetap Negara Brunei Darussalam ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Switzerland, Dayangku Mazlizah binti Pengiran Haji Mahalee, dinaikkan pangkat dan dilantik menjadi Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri.
Pengarah Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB), Dr. Awang Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Awang Haji Ahmad, dinaikkan pangkat dan dilantik menjadi Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan merangkap Pengarah BKISHHB.
Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, dinaikkan pangkat dan dilantik menjadi Setiausaha Tetap di KKBS.
Pemangku Pengarah Perkhidmatan Sosial, KKBS, Dayang Hajah Noridah binti Haji Abdul Hamid, dinaikkan pangkat dan dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Tetap di KKBS.
Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Korporat), Kementerian Pendidikan, Dr. Dayang Hajah Lilly Suzana binti Haji Shamsu, dinaikkan pangkat dan dilantik menjadi Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Pendidikan.
Setiausaha Tetap, KHEU, Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, ditukar menjadi Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan di Kementerian Kewangan dan diperbantukan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Posbru Sdn.Bhd.
Tarikh kenaikan pangkat dan lantikan serta pertukaran pegawai-pegawai kanan tersebut berkuatkuasa mulai hari Rabu, 15 Muharam 1448 bersamaan 1 Julai 2026.